Cari Post lain disini

Saturday, February 24, 2024

Wang Kertas RM50 Tertera Nota 'Duit last ayah bagi, 11/5/20 Al-fatihah'

KUANTAN - "Saya sendiri tak sangka dapat semula duit ini selepas empat tahun", kata Nur Hidayah Mohamad,25 dari Jabor, Kemaman selepas seorang pekerja swasta, Mohd Azfarul Zainol Akmar, 35, ingin menjejaki pemilik wang kertas bernilai RM50 tersebut pada Selasa.


Pada wang tersebut tertera ayat 'Duit last ayah bagi,11/5/20 al-Fatihah', menyebabkan netizen turut berharap pemiliknya ditemui.

Menurutnya, ayahnya meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang dan mengakui terpaksa menggunakan duit tersebut beberapa bulan selepas itu akibat keadaan mendesak.

"Ketika itu hanya duit tersebut yang tinggal dalam beg duit dan nak pergi ke mesin ATM agak jauh.

"Saya terpaksa guna dan pada masa itu dalam hati sudah terdetik Insya-ALLAH boleh dapat semula selepas ini," katanya.

'Duit last ayah bagi', itu ayat tertera pada sekeping wang kertas RM50 yang diperoleh Mohd Azfarul pada Isnin.

Nur Hidayah mengakui gembira dan bersyukur selepas menerima semula wang terbabit daripada Mohd Azfarul di sini pada Jumaat.

"Ketika tular hari itu, melihat tarikh dan ayat yang tertera menyebabkan saya yakin itu duit saya dan menghubungi Mohd Azfarul di Facebook.

Saturday, February 17, 2024

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-50 Bank Simpanan Nasional (BSN)?

Logo 50 Tahun Bank Simpanan Nasional (BSN)

Tanpa kita sedari, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menyambut ulang tahun ke-50 pada 1 Disember 2024. Sebuah pertubuhan perbadanan ditubuhkan di bawah Akta Bank Simpanan Nasional 1974 dan ditubuhkan pada 1 Disember 1974 di bawah Akta Parlimen 146 – Undang-Undang Malaysia 1974 atas kendalian Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah. 

BSN telah dilancarkan dengan rasminya pada 5 Disember 1974 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, di mana semua tugas dan tanggungjawab di bawah Akta Bank Simpanan Pejabat POS (melalui khidmat Post Office Savings Bank yang wujud sejak zaman pemerintahan British sehinggalah ke pascamerdeka) telah diambil alih oleh Bank Simpanan Nasional. Bank Simpanan Nasional adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kewangan.

Logo 50 tahun BSN

BSN bermula sebagai Bank Simpanan Pejabat Pos dan melalui pelbagai penambahbaikkan kewangan dilakukan demi rakyat Malaysia, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 ini, BSN telah memperkenalkan logo dan jenama bertemakan "Mendukung Aspirasi, Merentasi Generasi".

Menurut BSN, “Mendukung Aspirasi, Merentasi Generasi" bukan sekadar slogan tetapi ianya merupakan satu penghormatan kepada legasi dan komitmen kami terhadap mandat yang telah dipertanggungjawabkan, serta sebuah janji untuk masa hadapan yang lebih baik. Mengimbau kembali perjalanan luar biasa sepanjang 50 tahun ini, kami akan terus berkhidmat demi generasi akan datang di samping menyokong aspirasi rakyat Malaysia."

Sebelum ini BSN telah mengadakan peraduan bagi mencipta logo dan slogan sempena ulang tahun ke-50 yang diadakan di kalangan warga BSN, mykoleksi difahamkan ratusan penyertaan telah diterima dan En. Muhammad Hanif bin Zulkifli dari Cawangan BSN Negeri Perak telah memenangi peraduan ini dengan ciptaan logo yang telah diperbaharui dan diperhalusi dengan nilai-nilai yang bersesuaian serta boleh digunapakai dalam semua keadaan.

Hanya sedikit info yang mykoleksi berjaya  perolehi tentang pemenang hadiah utama mencipta logi dan slogan sempena ulang tahun ke-50 BSN, mykoleksi perolehi hasil carian di LinkedIn. Tahniah mykoleksi ucapkan diatas kemenagan tersebut, semoga terus cemerlang.

Status Kemenagan Beliau 4 Bulan Lalu di LinkedIn

"Alhamdullilah, has been selected as the winner in creating a logo for BSN 50th anniversary, it is an achievement that I will remember throughout my service at BSN, Thank You BSN", HANIF ZULKIFLI (COLLECTION OFFICER)

Mari kita lihat apa yang menarik tentang logo dan slogan sempena ulang tahun ke-50 BSN sehinggakan En. Muhammad Hanif bin Zulkifli dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama. 

1. Jenis Tulisan
Brush Stroke Font yang digunakan untuk nombor 50 melambangkan 50 tahun perjalanan BSN sebagai sebuah bank yang telah melalui transformasi serta merentasi pelbagai cabaran.

2. Slogan/Tema
Mendukung Aspirasi, Merentasi Generasi.

3. Warna
Jubli Emas Sambutan Ulang Tahun BSN yang ke-50 Tahun.

4. Nombor
BSN telah ditubuhkan pada tahun 1974 bagi menggantikan Bank Simpanan Pejabat Pos.

Perjalananan panjang BSN selama 50 tahun ini bukannya sesuatu yang mudah, dalam tempoh tersebut sudah pasti banyak transformasi telah dilakukan oleh BSN supaya kekal relevan dalam industri kewangan sepanjang zaman serta dapat memberikan servis yang terbaik buat rakyat Malaysia khasnya. Mari kita sama lihat tranformasi BSN selama 50 tahun.

Melewati Perjalanan 50 Tahun BSN

Menarik juga "souvenir" sempena ulang tahun ke-50 BSN, tak ada ke siapa-siapa nak hadiahkan kepada mykoleksi

"Souvenir" Sempena Ulang Tahun Ke-50 BSN 

Bersempena dengan ulang tahun ke-50 BSN ini, mykoleksi cadangkan supaya BSN mengeluarkan juga duit syiling peringatan. Sudah tentu ianya akan mendapat sambutan yang hangat, bagi idea rekabentuk pihak BSN boleh adakan peraduan seperti sebelumnya tak kiralah samada ianya terbuka kepada warga BSN saja atau pun umum. Sekiranya pihak BSN tidak mempunyai idea atau gambaran dalam  mereka bentuk duit syiling peringatan, pihak BSN boleh menggunakan khidmat Malaysia Mint (MyMint) Bank Negara Malaysia (BNM) memandangkan mereka memiliki kepakaran tersebut.

Malaysia Mint
Malaysia Mint Bank Negara Malaysia 
Lot 2, Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam Selangor 
40000 Shah Alam
Tel: 03-55262134

Satu kerugian yang besar sekiranya sambutan jublie emas BSN ini  tidak diraikan dengan menghasilkan sesuatu yang bernilai untuk diabadikan dimasa hadapan, mykoleksi rasa sudah pasti duit syiling peringatan tersebut akan mendapat sambutan yang hangat dikalangan warga BSN sendiri dan juga peminat dunia hobi numismatik.

Semoga cadangan ini menjadi realiti, setakat yang mykoleksi tahu belum ada lagi mana-mana bank yang mengeluarkan duit syiling peringatan sempena sambutan ulang tahun mereka dengan kerjasana MyMint BNM. Apa tunggu lagi, ayuh BSN keluarkan duit syiling peringatan anda dan sudah pasti ramai yang menanti ianya menjadi kenyataan.

Sumber:

  1. https://www.bsn.com.my
  2. https://ms.wikipedia.org
Yang mencadang,
mykoleksi

Wednesday, January 24, 2024

40 Tahun Rahsiakan Penemuan Syiling Lama

Artikel Dalam Akhbar Kosmo!, 23 Januari 2024

Itulah salah satu tajuk artikel "panas" yang di siarkan  dalam akhbar Kosmo! bertarikh 23 Januari 2024, lama betul pak cik Abdullah rahsiakan yang beliau jumpa duit syiling lama. Artikel sebeginilah yang akan "menghuru-harakan" dunia hobi numismatik.

Nampak gayanya syiling Kwang-Tung 10 cash bakal naik harga tak lama lagi, disulam pula dengan sedikit cerita mistik. Siapa yang ada syiling ini elok simpan baik-baik, mana tahu suatu hari nanti anda bakal menjadi seorang jutawan.

Malas mykoleksi nak komen berkenaan artikel yang diterbitkan itu, lebih baik mykoleksi share info yang lebih memberikan manfaat kepada peminat dunia hobi numismatik.

Bagi mereka yang tak tahu syiling apakah yang dipegang oleh pak cik Abdullah dalam gambar tersebut, anda boleh membuat carian menggunakan "Google Lens". Lepas tu anda akan dapat jawapannya.

Google Lens, Gambar Pilihan

Dengan ilmu baru yang mykoleksi kongsikan ini, harap anda boleh gunakan untuk mencari maklumat. Bila dah dapat maklumat tu, kongsilah pula dengan mykoleksi. Kalau ada orang tanya macam mana tau pasal "Google Lens" ni, bagi tau la mykoleksi yang ajar dan kongsi.

Hasil Carian Menggunakan Google Lens

Tak baik mengaku yang belajar sendiri, tak berkat ilmu nanti walaupun mykoleksi ikhlas berkongsi

Yang mengGoogle Lens,
mykoleksi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute